Tuesday 26 March 2019

Buku Sumbangan Yang Diterima Perpustakaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perpustakaan menerima sumbangan buku dari Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka serta syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.. 

81 buah buku dari Perpustakaan Negara Malaysia

71 buah buku sumbangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka..

60 buah buku sumbangan dari Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

Friday 22 March 2019

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perkongsian ilmu mengenai LIB OPAC di Unit Pentadbiran. Penerangan mengenai capaian OPAC yang boleh dilakukan melalui Portal PSAS.. Penerangan diberikan kepada staf sokongan di bahagian pentadbiran oleh staf Perpustakaan..



Monday 18 March 2019

Jemputan ke Program Riang Ria Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam hormat.. 
Y. Bhg. Datin/Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah yang disasarkan pada kanak-kanak pada cuti sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 23-28 Mac 2019 
Tempat : Teater Kanak-Kanak, Perpustakaan Negara Malaysia
                Perpustakaan Awam Bukit Damansara
                Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
                Perpustakaan Komuniti Aeon AU2 Setiawangsa
                Perpustakaan Komuniti UTC Keramat

2. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan dengan sukacitanya menjemput anak-anak tuan/puan hadir menyertai program ini.  Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Cik Noorzaimah Razali (03-26871700 samb. 1743) dan Encik Nor Amin Maidin (03-2687 1700 samb. 1838).

3. Dilampirkan adalah Poster dan Jadual Aktiviti Program ini untuk rujukan Y. Bhg.Datin/tuan/puan. 

4. Diharapkan Y. Bhg. Datin/tuan/puan juga dapat menguar-uarkan program ini kepada warga kerja di jabatan tuan/puan.

5. Kerjasama Y. Bhg. Datin/tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian.



Wednesday 2 January 2019

Sumbangan Buku (Disember 2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buku-buku ini adalah sumbangan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah.. 

 Sumbangan buku oleh Puan Asmahan Binti Mokhtar

Sumbangan buku oleh Encik Mohammad Al Bukhari Marzuki