Thursday, 24 May 2012

Bengkel Microsoft Power Point

Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Perpustakaan dan MSU (Management and Science University) pada :

Tarikh : 16 Februari 2012
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, Perpustakaan
Penceramah : MOHD ANIF BIN RAMLI
                            MOHD HAIRY BIN MANAPPeserta : 22 orang

Pada bengkel ini peserta diberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara penggunaan Microsoft Power Point dengan betul. Semoga dengan adanya Bengkel ini dapat membantu peserta memantapkan lagi pengetahuan mengenai Microsoft Power Point.


Wednesday, 23 May 2012

Kelab Sahabat Perpustakaan


PENGENALAN 

            Kelab Sahabat Perpustakaan (KSP) telah ditubuhkan pada awal tahun 2008. Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mana merangkumi aktiviti dalam dan luar psas. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membina nilai insan yang mencintai ilmu melalui pendekatan ‘jom baca’ , penglibatan ahli dalam aktiviti pengurusan perpustakaan dan menjadi wadah kepada pihak pengurusan perpustakaan akan ke  perluan dan kehendak semasa warga psas. Bagi memantapkan pengurusan kelab , Biro Ekonomi, Biro Ilmu, Biro 3K dan Biro Sukan diwujudkan dan setiap biro akan dipantau oleh seorang kakitangan perpustakaan. Penyertaan terbuka kepada pelajar psas dan minimum penyertaan adalah seramai 30 orang.   

OBJEKTIF

• Membantu dalam mempromosikan perpustakaan kepada para pelajar
• Mengeratkan hubungan dan menanam minat  pelajar dengan perpustakaan
• Membantu dalam kerja-kerja kecil di dalam perpustakaan
• Menggalakkan para pelajar berpersatuan dan mendidik menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna perpustakaan.


KEISTIMEWAAN KSP

• Jumlah pinjaman bahan  =  7 buah
• Penggunaan komputer melebihi  satu jam
• Keutamaan dalam penggunaan bilik perbincangan
• Jemputan menghadiri aktiviti/ seminar/ ceramah/ pameran anjuran perpustakaan
• Sijil penghargaan /penyertaan 
• Tiada yuran dikenakan


KEAHLIAN

Menjadi ahli Kelab Sahabat Perpustakaan PSAS adalah mudah, pelajar hanya perlu berjumpa dangan staf perpustakaan dan mengisi borang.



HASIL KREATIVITI PELAJAR KSP

LOGO ASAL



CONTOH LAKARAN BAJU KSP


BAJU YANG BERJAYA DICETAK


Monday, 21 May 2012

Waktu Operasi


 Perpustakaan PSAS beroperasi pada waktu seperti dibawah :

SESI PERKULIAHAN
Isnin- Khamis
9.00 pagi – 7.00 malam
Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu
8.15 pagi – 1.00 petang
Tutup: Jumaat (12.15 tengahari – 2.45 petang)
Ahad dan cuti lelepasan am
CUTI SEMESTER
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Tutup: Jumaat (12.15 tengahari – 2.45 petang)
Sabtu, Ahad dan cuti lelepasan am
**Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

PERATURAN PERPUSTAKAAN

Pengguna Perpustakaan PSAS mesti mematuhi peraturan-peraturan berikut:

  1. Hanya pengguna yang berdaftar atau memperolehi kebenaran bertulis daripada Pengurusan sahaja dibenarkan menggunakan Perpustakaan
  2. Pengguna perlulah sentiasa memakai kad pelajar/staf dan mematuhi peraturan rupadiri semasa berada di sekitar kawasan Perpustakaan.
  3. Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, membuat bising, merokok, tidur, berdua-duaan, menggunakan telefon bimbit, memakai sebarang jenis jaket @ baju sejuk kecuali baju bengkel, melakukan kerosakan (menanda, mengoyak atau memusnahkan bahan) atau melakukan sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di Perpustakaan.
  1. Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk selain peralatan yang digunakan untuk proses pembelajaran. Barang-barang persendirian hendaklah di simpan di bilik depository. Keselamatan barang persendirian adalah tanggungjawab pengguna.
  2. Pengguna TIDAK DIBENARKAN memberi, membenarkan atau menggunakan kad / kod pengenalan diri   pengguna kepada pengguna lain bagi tujuan Sirkulasi (PEMINJAMAN /PEMULANGAN/ PEMBAHARUAN (RENEW) /SEMAKAN DENDA). Tindakan TEGAS akan diambil kepada pengguna yang berbuat demikian. 
  1. Pengguna perlu mematuhi peraturan bilangan buku yang benarkan dan bertanggungjawab di atas pemulangan dalam tempoh yang ditetapkan.
           Pengguna
Koleksi
Tempoh
Kakitangan Akademik
Kakitangan Sokongan
Pelajar
10 bahan
5 bahan
5 bahan
4 minggu
4 minggu
3 minggu
  1. Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam. Denda akan dikenakan ke atas bahan Perpustakaan yang lewat dipulangkan mengikut kesalahan kelewatan.
Bil.
Kategori bahan
Kadar denda (RM)
i.
Rak terbuka
0.10 sehari
ii.
Bahan hilang / rosak (koleksi Tempatan / Luar negara)
Harga bahan hilang + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda
(bilangan hari lewat)
iii.
Koleksi Sumbangan (Tempatan / Luar Negara) Bahan hilang / rosak
Had maksima RM100.00 (Bahan tempatan) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat)

Had maksima RM125.00 (Bahan Luar Negara) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat)
**Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1995 (Perkhidmatan- Seksyen denda )  dan Garis Panduan Perpustakaan dan Pusat Sumber KPTM 2005

8.        Pengguna (kakitangan akademik dan sokongan) yang masih tidak memulangkan bahan rujukan akan dikenakan tindakan tatatertib:
(i)    Denda tertunggak  sebanyak RM5.00 dan ke atas, secara automatik mereka tidak dibenarkan  menggunakan semua perkhidmatan Perpustakaan dan
            (ii)     Selepas 30 hari dari tarikh pemulangan, bahan rujukan tersebut dianggap hilang dan denda
                   mengikut  bilangan no. 7(ii & iii).
  1. Segala urusan di kaunter Perpustakaan akan tamat 15 minit sebelum waktu Perpustakaan ditutup. Semua pengguna perlu meninggalkan Perpustakaan dengan segera.
  2. Kakitangan Perpustakaan berhak mengarah atau melarang pengguna daripada masuk atau menggunakan sebarang kemudahan sekiranya pengguna didapati telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan.

Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif

Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif telah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan bersama Perpustakaan. Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan aktiviti dan matlamat KIK kepada staf sokongan. Selain itu, diharapkan dengan adanya kursus ini akan ada staf sokongan yang melibatkan diri dalam Seminar KIK selepas ini.

Kursus ini telah dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh: 15 - 17 Mei 2012
Masa: 9.00pagi - 5.00petang
Tempat: Ruang Bacaan, Perpustakaan
Penceramah: 1) Siti Marlina Binti Mohammad Amin
                    2) Norhaslina Binti Asri
                    3) Nor Hafizah Binti Ayob
Peserta: 27 Orang