Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, 13 January 2020

Kursus Kecemerlangan Pengucapan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kursus ini diadakan khas untuk ahli Kelab Sahabat Perpustakaan dan disampaikan oleh Hajah Faizatul Absharizan binti Abu Bakar (NLP Practitioner).. Kursus telah dilaksanakan pada 11 Januari 2020 di Perpustakaan..

Peserta telah diberi pendedahan berkaitan dengan kaedah dan teknik yang perlu diamalkan semasa pengucapan awam. Antara kaedah yang dipelajari ialah kepakaran pengetahuan mengenai tajuk yang disampaikan, berkeyakinan, berani dan beranggapan bahawa penonton tidak tahu apa yang hendak disampaikan.


Monday, 18 March 2019

Jemputan ke Program Riang Ria Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam hormat.. 
Y. Bhg. Datin/Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah yang disasarkan pada kanak-kanak pada cuti sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 23-28 Mac 2019 
Tempat : Teater Kanak-Kanak, Perpustakaan Negara Malaysia
                Perpustakaan Awam Bukit Damansara
                Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
                Perpustakaan Komuniti Aeon AU2 Setiawangsa
                Perpustakaan Komuniti UTC Keramat

2. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan dengan sukacitanya menjemput anak-anak tuan/puan hadir menyertai program ini.  Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Cik Noorzaimah Razali (03-26871700 samb. 1743) dan Encik Nor Amin Maidin (03-2687 1700 samb. 1838).

3. Dilampirkan adalah Poster dan Jadual Aktiviti Program ini untuk rujukan Y. Bhg.Datin/tuan/puan. 

4. Diharapkan Y. Bhg. Datin/tuan/puan juga dapat menguar-uarkan program ini kepada warga kerja di jabatan tuan/puan.

5. Kerjasama Y. Bhg. Datin/tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian.



Wednesday, 5 December 2018

Projek Sensor

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menaiktaraf Sistem Kawalan Pencahayaan Berasaskan Isyarat Gerakan di Unit Perpustakaan dengan Kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Lestari.

*Memastikan penjimatan bekalan elektrik dapat dilaksanakan dengan berkesan di Perpustakaan.
Tarikh 30.11.2018 - 04.12.2018





Thursday, 5 July 2018

Mesyuarat Pertama Kelab Sahabat Perpustakaan Sesi Jun/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tarikh - 04.07.2018 (4.30pm)
Tempat - Perpustakaan PSAS



Thursday, 15 March 2018

Program Literasi Maklumat 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program Literasi Maklumat 2018 telah dilaksanakan seperti butiran dibawah.. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Ketahanan fizikal, kecekapan minda, pengetahuan mengenai Perpustakaan, Kerjasama antara pasukan..

Tarikh 👉 10 MAC 2018
Hari 👉 SABTU
Bertempat 👉 PERPUSTAKAAN PSAS




Monday, 15 January 2018

Program “AGROPRENEUR HIDROPONIK”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tempat: Politeknik Nilai N.Sembilan 
Tarikh: 13/1/18 (Sabtu)
Taklimat dan penerangan mengenai Agropreneur Hidroponik NFT (Nutrien Film Technique).. Pelajar juga diajar secara praktikal..



Taklimat diberikan terlebih dahulu kepada pelajar..

 Sesi praktikal dan langkah yang perlu dibuat untuk proses penanaman Hidroponik..

Berakhirlah sudah Program.. Terima kasih kepada pelajar dan tenaga pengajar..

Monday, 8 January 2018

Perjumpaan Ketiga KSP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 06 Januari 2018 ahli Kelab Sahabat telah mengadakan perjumpaan ketiga.. Pada perjumpaan ini, ahli KSP telah mengadakan gotong royong dan mewarna mural di Tangga..



Jejak Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mural di tangga ini telah dilukis oleh Pelajar Praktikal dan diwarnakan oleh ahli Kelab Sahabat Perpustakaan pada 06 Januari 2018..





Tuesday, 2 January 2018

Aktiviti Perpustakaan Julai - Disember 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berikut ialah Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan sepanjang Julai sehingga Disember 2017..

Monday, 11 December 2017

Program Library Team Tour (KSP)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Aktiviti pertama yang diadakan oleh Kelab Sahabat Perpustakaan ialah Program Library Team Tour pada 09.12.2017 (Sabtu).. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pengenalan kepada WebOpac, eLibrary, SIRIM, SIR, pencarian bahan, energizer dan juga mengemas dan menyediakan tempat untuk Program KOPO2017 yang akan dilaksabakan pada Isnin (11.12.2017)..
#aktivitikelabsahabatperpustakaan #perpustakaanpsas #aktivitipertama #libraryteamtour








Monday, 27 November 2017

Inovasi MYAGROSIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Inovasi MYAGROSIS
28 November 2017 (Selasa)
Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah
Jam 10 pagi


Friday, 24 November 2017

Riang Ria Membaca Cuti Sekolah 2017 di Perpustakaan Negara Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jom habiskan masa cuti anak-anak anda di Perpustakaan Negara Malaysia..
Bermula pada 25.11.2017 dengan aktiviti My Reading Superhero di Teater Kanak-kanak Perpustakaan Negara Malaysia..

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 
Puan Akmal - 0326871711
Puan Patimah - 0326871839

Monday, 30 October 2017

Jamuan Akhir KSP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jamuan Akhir KSP
Tarikh : 28.10.2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Perpustakaan PSAS



Monday, 16 October 2017

Program JOM KE MENARA ILMU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tempat : Arkib Negara
Tarikh : 13 Oktober 2017
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg


Monday, 11 September 2017

Jelajah Ilmu & Collective Intelligence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kelab Sahabat Perpustakaan dengan kerjasama Staf Perpustakaan telah mengadakan aktiviti Collective Intelligence ini di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat.. 
Aktiviti ini juga melibatkan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dari Sekolah Kebangsaan Sg Behrang dan Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020..

Selain lawatan di Serambi Ilmu Rakyat, pelajar juga diberikan taklimat mengenai Harta Intelek..

Aktiviti ini dilaksanakan pada 08 September 2017..

Diharapkan para pelajar mendapat manfaat daripada sesi lawatan ini.

Monday, 28 August 2017

Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 25 Ogos 2017, Staf Perpustakaan telah membuat penyerahan bahan sumbangan kepada Perpustakaan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Behrang dan Perpustakaan Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Behrang 2020.



Tuesday, 15 August 2017

Lawatan EKSA dari Jabatan Perdagangan, PSAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 14 Ogos 2017, Staf dari Jabatan Perdagangan PSAS telah datang ke Perpustakaan untuk buat benchmarking EKSA.



Monday, 14 August 2017

Team Adventure Challenge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Team Adventure Challenge ialah aktiviti Kelab Sahabat Perpustakaan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 12.08.2017 di Gelanggang Futsal, Politeknik Sultan Azlan Shah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa Team Adventure Challenge ialah Senaman regangan, Tin Beracun (peserta akan mencabut satu kertas yang telah tertulis denda yang perlu dilakukan), perlawanan futsal, penyampaian hadiah dan makan tengahari.
Taklimat mengenai peraturan bermain futsal telah disampaikan oleh Jurulatih Futsal Encik Mohd Faizly Bin Musa.



Monday, 7 August 2017

Gotong-royong Sempena Kemerdekaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena menyambut Kemerdekaan yang ke 60 dan Hari Malaysia, staf Perpustakaan dan ahli KSP telah menghias Perpustakaan dengan Bendera Malaysia dan Bendera Perak...



Monday, 17 July 2017

Jalinan Serambi Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jalinan Serambi Ilmu ini diadakan bertujuan memberikan ahli Kelab Sahabat Perpustakaan (KSP) pengenalan kepada Perpustakaan. Ahli KSP diajar babagimana untuk melakukan shelving dan pencarian buku menggunakan OPAC...

Selain itu, bersama-sama dengan ahli KSP gotong-royong mengecat dan mencantikkan Perpustakaan sempena KASTEK's turut dilaksanakan... Sempena meraikan Syawal, jamuan Raya juga turut diadakan..

Aktiviti ini dijalankan pada 15 Julai 2017 di Perpustakaan, PSAS.