Monday 18 March 2019

Jemputan ke Program Riang Ria Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam hormat.. 
Y. Bhg. Datin/Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Riang Ria Cuti Sekolah yang disasarkan pada kanak-kanak pada cuti sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 23-28 Mac 2019 
Tempat : Teater Kanak-Kanak, Perpustakaan Negara Malaysia
                Perpustakaan Awam Bukit Damansara
                Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
                Perpustakaan Komuniti Aeon AU2 Setiawangsa
                Perpustakaan Komuniti UTC Keramat

2. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan dengan sukacitanya menjemput anak-anak tuan/puan hadir menyertai program ini.  Sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Cik Noorzaimah Razali (03-26871700 samb. 1743) dan Encik Nor Amin Maidin (03-2687 1700 samb. 1838).

3. Dilampirkan adalah Poster dan Jadual Aktiviti Program ini untuk rujukan Y. Bhg.Datin/tuan/puan. 

4. Diharapkan Y. Bhg. Datin/tuan/puan juga dapat menguar-uarkan program ini kepada warga kerja di jabatan tuan/puan.

5. Kerjasama Y. Bhg. Datin/tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian.



No comments:

Post a Comment