Friday, 17 August 2012

Gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg. Rasau

 Kelab Sahabat Perpustakaan dengan kerjasama staf Perpustakaan, akan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Rasau, Slim River.

Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan :
  •   Satu kerja amal untuk mengurangkan beban penduduk kampung bagi membersihkan tanah perkuburan 
  • Menyuntik kesedaran ahli untuk menjadi anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t  
  • Memupuk nilai-nilai murni dan bertanggungjawab dikalangan ahli.

  Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, ahli-ahli KSP serta staf Perpustakaan dapat memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan masa kepada masyarakat umum. diharapkan aktiviti ini dapat membentuk semangat berkerjasama, saling tolong-menolong dan ringan tulang dikalangan ahli KSp serta staf Perpustakaan.

Aktiviti ini akan dijalankan seperti berikut :

Thursday, 16 August 2012

PROGRAM MOTIVASI BAGI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) BAGI 2012

Program motivasi ini dijalankan atas usaha staf Perpustakaan dengan kerjasama ahli KSP. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Program Jom Baca Perpustakaan. Penyertaan adalah dari anak-anak staf PSAS dan juga dari beberepa sekolah rendah yang berdekatan dengan PSAS. Penyampaian surat jemputan kepada sekolah telah dilakukan pada 13 Ogos 2012.

Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh   :   1 September 2012 (Sabtu)
                                Masa      :   7.30 pagi – 5.30 petang
                                Tempat :   Perpustakaan, Politeknik Sultan Azlan Shah
Yuran    :   RM10/orang   

Tentatif Program adalah seperti berikut :

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI UPSR 2012

7.30 pagi – 8.30 pagi                  : Pendaftaran Peserta
   Minum Pagi
8.30 pagi – 10.30 pagi                : Sesi Ceramah Motivasi
10.30 pagi - 11.00 pagi               : Rehat
11.00 pagi – 1.00 petang            : Latihan Dalam Kumpulan (Matematik)
1.00 petang – 2.30 petang          : Makan Tengahari
                                                  Solat Zohor
2.30 petang – 4.30 petang          : Latihan Dalam kumpulan (Bahasa Inggeris)
4.30 petang – 5.30 petang          :  Penyampaian Sijil
   Minum petang
   Bersurai.

Diharapkan semoga Program Motivasi ini dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Tuesday, 14 August 2012

Pembelian baju Kelab Sahabat Perpustakaan

Kepada semua ahli KSP, pembayaran akan diterima sehingga 29 Ogos 2012 sahaja. Diharapkan semua ahli dapat membuat bayaran secepat mungkin. Baju ini penting untuk aktiviti-aktiviti akan datang. Pembayaran penuh @ deposit boleh dibuat kepada semua penasihat biro.

Harga baju adalah seperti berikut :

Lengan panjang : RM33.00
Lengan pendek : RM32.00

Perjumpaan Ahli Kelab Sahabat Perpustakaan

Satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2012
Hari : Selasa
Masa : 5.00 petang

Semua ahli KSP wajib hadir.