Tuesday 1 May 2012

Sejarah Perpustakaan PSAS

PENGENALAN

Perpustakaan merupakan satu unit yang berfungsi sebagai pusat carian maklumat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada warga PSAS khasnya. Perpustakaan ini telah beroperasi sejak April 2003. Kedudukannya yang strategik iaitu di blok B dan berhampiran dengan semua jabatan serta bilik-bilik kuliah pelajar. Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 3240 meter persegi dan mampu menampung 900 orang pengguna dalam satu masa.

Sehingga kini jumlah koleksi di Perpustakaan PSAS ialah sebanyak 30120 buah yang meliputi semua bidang pembelajaran dan pengajaran. Bahan-bahan ini disusun dengan menggunakan sistem pengkelasan LCC dan LCSH bagi penentuan tajuk perkara.

Selain daripada itu, Unit Perpustakaan turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang meliputi Perkhidmatan sirkulasi, makmal komputer, bilik perbincangan, Mawar Centre, Perkhidmatan Fotokopi, Karel Terbuka, Kertas soalan, Laporan Terbaik Latihan Industri, Permainan dalaman (indoor games) dan Depositori. Kemudahan-kemudahan ini boleh digunakan oleh para pelajar di sepanjang waktu perkhidmatan Perpustakaan PSAS.

OBJEKTIF
  • Mengesan, mengumpul, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  • Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami kakitangan Perpustakaan bertekad dan berazam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan perkara-perkara berikut :

• Menjalankan proses pinjaman bagi sebuah bahan dalam masa 3 minit dalam norma biasa.

• Memastikan bahan perpustakaan dipinjam mengikut jumlah dan kadar masa yang telah ditetapkan oleh   Perpustakaan.

• Memastikan perkhidmatan komputer beroperasi dengan baik dan dapat digunakan oleh pengguna.

No comments:

Post a Comment