Friday 18 March 2016

Kem Cerdik Minda

Assalamualaikum

Perpustakaan telah mengadakan Kem Cerdik Minda sempena cuti sekolah. Seramai 40 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri dari anak-anak Staf PSAS telah melibatkan diri. Kem yang berlangsung selama tiga hari ini telah diisi dengan aktiviti yang pelbagai.

Selain dari Klinik Matematik dan Bahasa Inggeris, peserta turut didedahkan dengan komponen-kompenen komputer. Peserta turut dibantu dan diajar mengisi Buku Nilam serta diberi motivasi oleh Encik Hamirudin Hamidi (Motivator/Penulis buku Motivasi). Pada hari terakhir peserta diuji dengan Game Kahoot! dimana soalan-soalan yang terdapat dalam Game Kahoot! ini berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari sepanjang Kem ini.

Alhamdulillah Kem yang berjalan selama tiga hari ini menjadi lancar dengan bantuan dari rakan staf Unit Pentadbiran. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjan Kem Cerdik Minda ini berjalan.

Kursus Cerdik Minda
Tarikh : 15 - 17.03.2017
Hari : Selasa - Khamis

Tentatif Program

Sepanjang Kem..

AJK Kem Cerdik Minda

Encik Hamirudin Hamidi (Motivator/Penulis buku Motivasi). Sha sertakan sekali no contact beliau disini 0129314272/0192833673. Email : hamirudin@gmail.com dan 
website : www.motivasicemerlang.com

Monday 7 March 2016

Mengambil Sumbangan Buku di Perpustakaan Hipermedia MPSJ

Tarikh - 07.03.2016
Sumbangan buku ini adalah untuk diberikan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin (Perempuan) Al-Barakah.