Saturday 7 January 2017

Projek Kitar Semula

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..
Aktiviti menceriakan Perpustakaan menggunakan barangan kitar semula iaitu Ton Drum dan juga Tayar kenderaan..

Tarikh : 16-31 Disember 2016
Tempat : Politeknik Sultan Azlan Shah
Barangan Kitar Semula : Tong Drum & Tayar Kenderaan

Tong drum yang akan digunakan..
Dibeli dari tempat Kitar Semula..

Ton drum Diukur sebelum dipotong kepada dua bahagian..

Tong Drum yang telah dipotong kepada dua bahagian..

Proses melicinkan bahagian yang dipotong..

Proses memotong tayar

Dah potong, kita bersihkan pula..

Mengecat semula tong drum untuk lebih cantik..


Ton druma yang telah siap dicat dan dihias..

memotong tikar getah untuk dibuat lapik pada bahagian atas tong drum..

Dah siap lapik..
Lapik ini dibuat untuk menutup lubang yang ada dibahagian atas tong drum..

Proses skru tayar pada tong drum..

Polish tayar bagi cantik..

Siap.. Jom hantar ke Perpustakaan

Ruang perpustakaan yang dihias menggunakan tong drum yang telah siap..

Friday 6 January 2017

Pengurusan Kebajikan Pelajar PSAS (JHEP)

Assalamualaikum..
Info bersama..

PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR :
 
1. Maklumat boleh dilayari di Portal PSAS – Sokongan Akademik - JHEP - Pengurusan Kebajikan Pelajar & Borang-borang
  • Maklumat mengenai Pengurusan Kebajikan Pelajar boleh dilayari di Portal PSAS mengenai Pinjaman Tabung Kebajikan Pelajar, Sumbangan khairat kematian pelajar/ibu/bapa/penjaga, maklumat mengenai tuntutan insuran pelajar, borang-borang kebajikan pelajar dan borang tuntutan insuran boleh didapati di Portal PSAS.
 
2. Pinjaman Tabung Kebajikan Pelajar
  • Pelajar perlu mengisi borang pinjaman dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
  • Syarat-syarat permohonan pinjaman seperti berikut:
           i. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal untuk membuat bayaran yuran pengajian dan kamsis, sara diri pelajar ataupun ditimpa sesuatu musibah.
          ii. Mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik.
         iii. Pelajar tidak layak memohon sekiranya dikenakan tindakan tatatertib atau mempunyai rekod pelanggaran tatatertib.
         iv. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Kadar ini tertakluk kepada persetujuan Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar dan kedudukan kewangan semasa Tabung Kebajikan Pelajar.
 

3. Program Sarapan Pagi JHEP
  • Program sarapan pagi di JHEP akan bermula pada 13 Disember 2016.
  • Sebanyak 50 bungkus nasi lemak akan disediakan setiap hari pada hari bekerja sahaja.
  • Kepada pelajar yang memerlukan sarapan pagi secara percuma silalah dapatkan di pejabat JHEP.

4. Program Penajaan Bantu Pelajar Miskin untuk Sambung Pengajian di Politeknik (KPT)
Pelajar daripada golongan kurang berkemampuan dan miskin yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan juga diberi peluang untuk menyambung pengajian di politeknik melalui tindakan-tindakan berikut:-
  • memberi laluan kemasukan terus tanpa melalui syarat meritokrasi kepada calon pelajar daripada keluarga isi rumah berpendapatan 40 peratus ke bawah (golongan B40);
  • mengenakan kadar yuran yang rendah iaitu hanya sebanyak RM200 bagi satu semester;
  • memberi kemudahan pinjaman pembiayaan semasa pengajian daripada Tabung Pendidikan Tinggi Negara; dan (Pelajar boleh mohon PTPTN)
  • memberi kemudahan biasiswa dan tajaan daripada beberapa agensi awam dan swasta seperti majlis dan lembaga zakat negeri-negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, yayasan-yayasan negeri dan pihak swasta, MARA dan Kerajaan Negeri. (Pelajar boleh mohon kemudahan biasiswa dan tajaan daripada agensi)
 
5. Sumbangan Khairat Kematian Pelajar / Ibu Bapa / Penjaga
  • Pelajar/waris perlu mengisi borang sumbangan khairat kematian dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
  • Sumbangan khairat kematian dari Tabung Kebajikan Pelajar boleh diberikan kepada pelajar sekiranya ibu, bapa atau penjaga meninggal dunia semasa pelajar berada dalam tempoh pengajian.
  • Sekiranya pelajar meninggal dunia disebabkan kematian biasa, kematian penyakit atau kematian kemalangan, Penasihat Akademik atau waris pelajar bolehlah menuntut sumbangan khairat kematian daripada Pegawai Kebajikan Pelajar PSAS.
 
6. Pengurusan Insuran Pelajar
  • Semua pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad.
  • Pelajar diwajibkan membayar insuran yang sudah termasuk dalam yuran bayaran pelbagai untuk setiap semester ganjil (sem 1, sem 3, sem 5, extend sem7).
  • Pelajar yang menangguhkan pengajian pada semester ganjil juga diwajibkan membayar insuran ini. Pastikan PA dapat memaklumkan perkara ini kepada pelajar. 
  • Pelajar yang menjalani latihan industri (Diploma dan Degree) juga dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad.
  • Pelajar yang terlibat kemalangan sebagai pesakit luar tidak layak mendapat faedah tuntutan insuran. Walaubagaimanapun PA boleh melaporkan kemalangan pelajar dengan menghantar borang laporan kemalangan yang boleh didapati dalam Portal PSAS ke JHEP untuk tujuan rekod.
  • Setiap tuntutan insuran yang dihantar perlu lengkap dengan senarai semak tuntutan, borang tuntutan insuran dan dokumen-dokumen yang diperlukan yang boleh didapati dalam Portal PSAS.
  • PA atau pelajar perlu mengisi borang laporan kemalangan pelajar PSAS dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
 
            Faedah yang diperolehi dari hasil bayaran insuran sebanyak RM36.70 setahun bagi seorang pelajar adalah seperti dinyatakan dalam jadual berikut:
               
FAEDAH
 KADAR TUNTUTAN
Kematian (Kemalangan)
RM 40,000
Kematian (Biasa/Penyakit)
RM   5,000
Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)
RM 40,000
Perbelanjaan Perubatan (Kemalangan)
RM   3,000
Khairat Kematian (Kemalangan)
RM   1,500
Khairat Kematian (Biasa/Penyakit)
RM      750
Elaun Harian Hospital (Kemalangan)
RM 50 sehari (maksima 30 hari)
 

Penilaian Akreditasi MQA Program DUB

Assalamualaikum..

Panel Penilai telah membuat lawatan ke PSAS pada 06 Januari 2017 ( Jumaat) untuk penilaian Program DUB.

Panel penilai yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Sr. Zubaidah Ramli
ii. Sr. Lim Kok Sang (RISM)

Embarking on ETAC Accreditation

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 05.01.2017, Perpustakaan PSAS telah terlibat dengan proses akriditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) untuk Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik.



HEBAHAN : PERMOHONAN KEMASUKAN PENGAJIAN EKSEKUTIF SEPARUH MASA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Assalamualaikum..
Makluman Bersama

HEBAHAN : PERMOHONAN KEMASUKAN PENGAJIAN EKSEKUTIF SEPARUH MASA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Thursday 5 January 2017

Kursus PERCUMA Profesional Welders tahap 3GSMAW

Assalammulaikum wbr dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Datin/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Pusat Teknologi Politeknik Sultan Azlan menjemput pelajar Politeknik Malaysia & Kolej Komuniti yang telah tamat pengajian masing-masing menyertai Kursus PERCUMA Profesional Welders tahap 3GSMAW selama 1 bulan (Februari 2017) untuk batch pertama. Tarikh tutup pendaftaran pada 13.01.2017.
 
3. Antara kemudahan-kemudahan kepada peserta seperti berikut tempat tinggal disediakan, Elaun Harian, Makan/minum percuma dan penempatan kerja selepas tamat kursus.
 
4. Pihak kami memohon maklumat ini disebarkan kepada semua graduan institusi masing-masing. Pegawai yang boleh dihubungi iaitu En. Wan Mohd Naguib Bin. Wan Abd. Rahman di talian 017-2598975.
 
Kerjasama pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Tuesday 3 January 2017

Buletin Perpustakaan Bil 2.2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buletin Perpustakaan Bil 2.2016 memaparkan aktiviti Perpustakaan sepanjang Julai sehingga Disember 2016.
Buletin ini disediakan oleh Pembantu Pustakawan.









Monday 2 January 2017

Aktiviti Perpustakaan 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut ialah Aktiviti yang dilaksanankan oleh Perpustakaan PSAS sepanjang tahun 2016. Aktiviti ini merangkumi aktiviti yang dijalankan oleh Staf Perpustakaan dan juga Kelab Sahabat Perpustakaan.


Aktiviti Perpustakaan

9-11.08.2016 - Kursus Microsoft Office Power Point

24.08.2016 - Lawatan Pengarah Tuan Haji Zairon Bin Mustapha Ke Perpustakaan

01.09.2016 - Interlibrary Loan Di Politeknik Ungku Omar

07.09.2016 - Majlis Perpisahan Kak Shikin

14.10.2016 – InterLibrary Loan Di Institut Penyelidikan Galian

19.10.2016 - Audit Sirim

02.12.2016 - Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal

05-06.12.2016 – Lawatan Penandaarasan ke Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson

08.12.2016 - Mesyuarat KSP 1st

09.12.2016 - PNM @ 50 Tahun

13.12.2016 - Pengarah Melawat Library

16.12.2016 - Program Bicara Harvard Di PNM

19.12.2016 - Perjumpaan Majlis Tertinggi Bersama Penasihat

22.12.2016 - Perjumpaan Kedua Kelab Sahabat Perpustakaan

28.12.2016 - Lawatan Ke Perpustakaan, Enstek Untuk Eksa

16 - 31.12.2016 - Projek Kitar Semula