Tuesday 24 April 2018

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Program tersebut yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Difahamkan, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit akan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Unit Perpustakaan telah mengadakan aktiviti ini bersama pelajar dan pengawas perpustakaan Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Behrang, Perak.



Tempat : Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sg Behrang, Perak. 
Tarikh : 24.04.2018
Masa : 10.00am - 12.00pm