Friday 16 March 2018

Sumbangan Buku Dari Penulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 15.03.2018, Perpustakaan PSAS telah menerima sumbangan 3 buah novel bertajuk Pearl dari Penulis Shirod Shukri. Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan buku yang diberikan.. Semoga dengan sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada pengguna Perpustakaan PSAS..

Sinopsis Pearl oleh Shirod Shukri
PEARL
"You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?” Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat ini ibarat lontaran ayat penyedap hati kepada diri sendiri? 
Kali ini Pearl Ratna kembali ke Melbourne dengan misi khas. Bagi Pearl, sejarah lama membuatkan dia lebih berhati-hati menyusun lipatan perasaan. 

RAYN
“Dia... interesting.” Rayn tersenyum. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s... a gem. I could sense that.”
Reynolds Hanafi, kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau lelaki ini benci, benci sampai mati juga.

LOVE YOURSELF - Rayn
Persoalannya, apakah pengertian sebenar prinsip ‘sayangi diri kita’ kepada mereka berdua?

Boleh hubungi penulis untuk membeli buku ini.. Klik SINI..

Thursday 15 March 2018

Program Literasi Maklumat 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program Literasi Maklumat 2018 telah dilaksanakan seperti butiran dibawah.. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Ketahanan fizikal, kecekapan minda, pengetahuan mengenai Perpustakaan, Kerjasama antara pasukan..

Tarikh 👉 10 MAC 2018
Hari 👉 SABTU
Bertempat 👉 PERPUSTAKAAN PSAS




Thursday 1 March 2018

Sumbangan Buku dari Razak School of Government

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 01.03.2018, Perpustakaan PSAS telah pergi mengambil sumbangan buku dari Razak School of Government. Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan buku yang diberikan..