Thursday 26 May 2016

Permohonan International Standard Serial Number (ISSN)

Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian bersama..

Apakah Itu ISSN?
International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang ringkas, tunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.

Contoh : ISSN 1823-7037

Sistem Operasi ISSN
International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.
Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, ia adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia; menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

Apakah Faedah-Faedah ISSN?
  • Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-pengguna tempatan dan luar negara.
  • Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri
  • Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.

Bagaimana dan Di mana ISSN Dicetak?
Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang.

Contoh : ISSN 1394-3650

ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

Pemberian ISSN
ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang belum mempunyai nombor ISSN.

Apakah Terbitan Bersiri?
Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain

Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri dari Kementerian Dalam Negeri.

ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.
 
Prosedur Permohonan ISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN 
Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri dan salinan mukasurat sidang redaksi.
 

Prosedur Permohonan eISSN 
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Sertakan salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan beserta URL. Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut:
  • Judul skrin (title screen).
  • Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh atau nombor isu).
  • Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:

Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN)Tel    : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks  : 03-26811676
E-mel : issn@pnm.gov.my

Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_ISSN_<alamat emel>" dan hantar kepada 15888
Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco

Wednesday 25 May 2016

Jualan Gudang Karangkraf

#JualanGudangKarangkraf
Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2016 kini kembali...

Dapatkan pelbagai bahan bacaan seperti novel, buku, majalah dan Al-Quran dengan diskaun yang istimewa. Buku SERENDAH RM 1 pun ada. Bermula 26 Mei - 2 Jun 2016, 9.00 pagi - 7.00 malam bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Baucar buku 1 Malaysia diterima. 
Terima kasih, jangan lupa datang ya.


Thursday 19 May 2016

Permohonan International Standard Book Number (ISBN)

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi maklumat...

Apakah Itu ISBN?
International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu.

ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982.

ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku.

Contoh ISBN:
ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka
atau
ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka
(implementasi mulai Januari 2007)


Penggunaan ISBN
ISBN berasingan perlu diberi kepada:
Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang sama
Setiap Edisi Baru bagi judul yang telah atau pernah diterbitkan, misalnya edisi ke-2, edisi semakan, dll
Cetakan semula buku yang dikeluarkan oleh penerbit yang berlainan
Buku-buku dalam berlainan format, misalnya edisi kulit keras dan edisi kulit kertas
Karya berbilang jilid, iaitu satu ISBN diberi kepada setiap jilid dan satu lagi ISBN diberi kepada seluruh set berkenaan
Cetakan semula judul-judul yang tidak ada ISBN
Penerbitan bersama. Satu ISBN diberikan kepada penerbit yang bertanggungjawab atas pengedaran
Buku-buku yang diimport dari negara atau kawasan yang belum menyertai program ISBN untuk dijual atau diedar oleh agen khas
Penerbitan helai cerai
Bahan audio-visual pendidikan dan terbitan monograf dalam format tidak bercetak.
Contoh: Bahan audio-visual untuk terbitan sekolah-sekolah atau institusi pengajian tinggi (CD-Rom, video, kaset dan lain-lain).


ISBN Tidak Boleh Diguna Semula
Nombor ISBN yang telah diperuntukkan TIDAK BOLEH diguna semula. Adalah menjadi tanggungjawab penerbit untuk memaklumkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sekiranya ISBN yang dipohon tidak digunakan atau terdapat sebarang perubahan pada judul.

Faedah-Faedah ISBN
Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers International ISBN Directory (PIID)"
Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.
Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.

Cara Memohon
Semua judul buku adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISBN dan diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISBN. ISBN perlu dipohon sebelum buku dicetak.

Prosedur Permohonan ISBN

A. Penerbit Baru
Melengkapkan set borang permohonan bagi penerbit baru, iaitu:
i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) - Borang Pendaftaran Program ISBN ;
dan
ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN.
Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ salinan Kad Pengenalan (individu), salinan kulit buku sebenar dan salinan mukasurat hakcipta.
B. Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
i. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN
Sertakan salinan kulit buku sebenar dan salinan mukasurat hakcipta

Prosedur Permohonan eISBN
A. Penerbit Baru
Melengkapkan set borang permohonan bagi penerbit baru, iaitu:
i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) - Borang Pendaftaran Program ISBN ;
dan
ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN.
Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ salinan Kad Pengenalan (individu), salinan kulit buku sebenar versi ebook, salinan mukasurat hakcipta dan cetakan skrin di mana ebook akan dipapar atau dijual beserta dengan URL.


B. Penerbit Sedia Ada
Melengkapkan set borang permohonan ISBN:
i. PNM.PK.PBN (O).02(B2) - Borang Permohonan ISBN
Sertakan salinan cetakan skrin kulit buku sebenar versi ebook, salinan mukasurat hakcipta dan laman sesawang di mana ebook akan dipapar atau dijual beserta URL.


Waktu Operasi


Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:
Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur
(U.P: Pusat Kebangsaan ISBN)
Tel. : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks : 03-26811676
E-mel : isbn@pnm.gov.my

Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_ISBN_<alamat emel>" dan hantar kepada 15888
Sistem akan menghantar borang melalui e-mel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco

Friday 13 May 2016

Pinjaman Berkelompok Kali ke 14

Assalamualaikum..

Pada 12 Mei 2016, Perpustakaan telah melaksanakan peminjaman bahan di Perpustakaan Negara Malaysia. Peminjaman bahan ini meliputi bahan bacaan Fiksyen, Non-Fiksyen dan juga motivasi serta komik sebanyak 400 buah.
Pinjaman berkelompok ini bertujuan adalah untuk menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk rasa minat kepada ilmu melalui membaca di kalangan orang ramai khususnya warga kerja PSAS...

Diharapkan dengan adanya aktiviti Pinjaman Berkelompok ini, lebih ramai warga kerja PSAS dan pelajar PSAS yang akan membuat peminjaman buku di perpustakaan...





Pemilihan buku..


Antara buku-buku yang dipinjam oleh Perpustakaan, PSAS seperti gambar dibawah.

Aktiviti Perpustakaan di Akhbar Berita Harian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 12.05.2016 berita mengenai aktiviti yang dilakukan oleh Perpustakaan PSAS telah keluar di akhbar Berita Harian..


Thursday 12 May 2016

Program Membaca Bersama 10 Minit di Berita Harian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Berita Harian
Varsiti - Page V14
12 Mei 2016
BH Bil 

Monday 9 May 2016

Program Penyerahan "Mini Perpustakaan Al-Barakah"

Tarikh : 07.05.2016
Hari : Sabtu
Program Penyerahan "Mini Perpustakaan Al-Barakah" kepada Rumah Anak Yatim dan miskin (Perempuan) Al-Barakah.
Program khidmat Masyarakat ini telah bermula pada 11 Februari 2016 dan berakhir pada 07 Mei 2016.
Semoga "Mini Perpustakaan Al-Barakah" ini dapat digunakan bukan sahaja oleh penghuni Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Barakah tapi juga penduduk di sekitar rumah anak yatim ini.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya




Penyerahan buku kepada Encik Zulkifli Mohd Wahi (Pengetua) sebagai simbolik penyerahan "Mini Perpustakaan Al-Barakah" kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin (Perempuan) Al-Barakah.

Penyerahan Sijil dari pihak Rumah Anak Yatim dan miskin (Perempuan) Al-Barakah, Teluk Intan kepada Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Thursday 5 May 2016

Lawatan Akhir bagi Program "Mini Perpustakaan Al-Barakah"

Tarikh : 04.05.2016
Lawatan ini bertujuan untuk menghias dan menambah bahan bacaan di Mini Perpustakaan Al-Barakah sebelum upacara penyerahan.




Monday 2 May 2016

Lawatan Penandaarasan ke Universiti Perdana

Tarikh : 29.04.2016
Hari : Jumaat

Selaras dengan misi dan visi PSAS, antara objektif utama lawatan kerja ini adalah:
i.) Meninjau operasi perkhidmatan dan cara pengendalian sistem pinjam pulang di Universiti berkenaan.
ii.) Menerapkan tahap kepimpinan, kecemerlangan dikalangan kakitangan Unit Perpustakaan.
iii.) Memberi pendedahan kepada kakitangan Unit Perpustakaan PSAS dalam pengendalian operasi perkhidmatan yang sediaada di Perpustakaan Universiti Perdana untuk dipraktikan.