Tuesday 2 February 2021

Apa itu ISBN??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini Perpustakaan ingin berkongsi mengenai ISBN dan keperluannya..

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐈𝐒𝐁𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐃𝐀?

International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan. 

Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan bagi pengeluaran nombor ISBN bagi negara ini mulai Ogos 1982. Bagi sesetengah negara, nombor ISBN dijual dengan harga tertentu, walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia memberikan nombor ini secara percuma kepada penerbit yang mendaftarkan buku terbitan mereka dengan nombor ini.  

Bagi memastikan setiap buku didaftarkan sebagai terbitan dalam negara, 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧, 𝐬𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚, 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧-𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 hendaklah mendaftarkan buku terbitan dengan nombor ISBN ini. Sebelum ini, permohonan bagi mendapatkan nombor ISBN dibuat secara mengisi borang fizikal dan juga melalui e-mel. Mulai 25 Januari 2021, permohonan ISBN boleh dimohon dengan lebih mudah melalui  𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐝𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢.𝐩𝐧𝐦.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/