Wednesday 27 July 2016

Pesta Buku Selangor

28 Julai 2016 - 7 Ogos 2016
Pesta Buku Selangor akan berlangsung di SACC, Shah Alam. Pelbagai jenis buku dengan harga yang lebih murah.

Tuesday 19 July 2016

Buku Panduan Pembangunan dan Penyelenggaraan Politeknik

Assalamualaikum

Buku Panduan Pembangunan dan Penyelenggaraan Politeknik


Diterbitkan oleh:
Bahagian Perancangan Politeknik,
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Kementerian Pendidikan Tinggi

Cetakan Pertama 2016
ISBN : 978-967-0823-20-1

Thursday 14 July 2016

Pedofilia

Assalamualaikum..
Perkongsian Bersama,..

Apa Itu Pedofilia?
Pedofilia adalah gangguan jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum matang (secara umumumnya mereka yang berusia 13 tahun dan ke bawah).

Apa Itu Pedofil?

Pedofil adalah mereka yang mempunyai masalah ini. Menurutu Dr Blanchard, pedofil adalah seorang manusia yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak yang secara umumnya berusia 13 tahun dan kebawah.

Pedofil tidak semestinya mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap anak kecil. Mereka yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dikenali dengan perbuatan mereka, manakala pedofil pula diukur dengan keinginan mereka.

Sebahagian daripada mereka yang mempunyai gangguan ini tetap menjarakkan diri daripada kanak-kanak supaya tidak melakukan jenayah seksual terhadap mereka. Tetapi kita masih belum jelas, seberapa ramai yang bertindak sedemikian.

Nota pengarang : Tetapi disebabkan masyarakat yang masih kurang tahu mengenai isu ini, ramai pedofil di negara kita melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak tanpa kita sedari dan peduli!

Adakah Pedofilia Sejenis Gangguan Mental?

Ya. American Psychiatric Association (APA) telah mengkelaskan pedofilia ke dalam Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders sejak dari tahun 1968 lagi.
Adakah Pedofilia Boleh Dirawat

Menurut Dr Branchard, penyakit ini boleh dirawat walaupun ramai pakar yang berpendapat bahwa pedofilia tidak boleh diubati kerana ia melibatkan perasaan seseorang. Tetapi menurut Dr Branchard, mereka yang menghadapi masalah ini dapat dirawat melalui sesi terapi bersama pakar.

Pesakit (pedofil) yang berpotensi besar untuk melakukan jenayah seksual boleh mendapatkan sesi rawatan untuk mengurangkan keinginan seks mereka.

Nota pengarang : Walaubagaimanapun, di Malaysia masih samar kehadiran pakar yang boleh menasihatkan mereka-mereka yang terlibat dengan masalah ini. Jadi anda sebagai ibubapa berhati-hatilah!

Adakah Pedofil Cuma Tertarik Kepada Kanak-Kanak?
Sebahagian daripada pedofil mugkin tertarik kepada orang dewasa sebagaimana mereka tertarik kepada kanak-kanak, tetapi untuk mengetahui secara spesifik kebenaran ini, ia masih belum dapat dibuktikan dengan jelas. Ini kerana, kajian berkaitan pedofilia ini cuma melibatkan mereka yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan dan mungkin mereka ini memberikan kenyataan ‘tertarik kepada orang dewasa’ cuma untuk kelihatan lebih normal seperti orang biasa.

Nota pengarang : Sungguh, agak janggal untuk menulis tentang manusia yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak.

Jantina Pedofil?

Kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah ini terdiri daripada golongan lelaki.

Bagaimana Pedofil Mengawal Perasaan?


Sebahagian daripada pedofil membenarkan keinginan seksual mereka dan mengikuti nafsu dan perasaan mereka. Manakala, ada juga sebahagian dalam kalangan mereka yang mengetahui bahawa berperasaan seperti itu adalah salah; dan mereka berkemungkinan besar akan mengalami masalah tekanan, kecewa, terasing dan kesunyian kerana mereka cuba menjauhkan diri mereka sejuah mungkin daripada kanak-kanak.


Pedofilia (sumber dari Wikipedia)
Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada usia 10 atau 11, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12, kriteria untuk pedofilia melanjutkan titik permulaan untuk prepubescence ialah berumur 13. Seseorang yang menghidap pedofilia mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, tetapi remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada anak prepubescent untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia.

Pedofilia dipanggil gangguan pedofilia dalam Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental (DSM-5), dan manual mentakrifkannya sebagai paraphilia yang melibatkan nafsu seksual yang kuat dan berulang ke arah dan fantasi mengenai anak-anak prepubescent yang telah sama ada telah diambil tindakan atau yang menyebabkan orang dengan kesusahan tarikan atau kesukaran interpersonal. Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-10) mendefinisikannya sebagai keutamaan seksual untuk kanak-kanak prepubertal atau awal usia kedewasaan.

Kebiasaannya, perkataan pedofilia sering digunakan untuk apa-apa kepentingan seksual kanak-kanak atau perbuatan penderaan seksual kanak-kanak. Penggunaan ini berkaitan tarikan seksual kepada kanak-kanak prepubescent dengan perbuatan penderaan seksual kanak-kanak, tetapi yang membezakan antara tarikan kepada prepubescent dan pubescent atau bawah umur selepas pubescent. Para penyelidik mengesyorkan bahawa kegunaan tidak tepat dielakkan kerana walaupun orang-orang yang melakukan penderaan seksual kanak-kanak kadang-kadang mempamerkan gangguan, pesalah seksual kanak-kanak tetapi tidak pedophiles kecuali mereka mempunyai kepentingan seksual rendah atau eksklusif pada kanak-kanak prepubescent, dan kesusasteraan menunjukkan kewujudan pedophiles yang tidak menyakiti kanak-kanak.

Wednesday 13 July 2016

Santai Cafe di Perpustakaan

Assalamualaikum..
Jom ke Santai Cafe di Perpustakaan


Nasi Lemak (RM1.30)
Beehoon (RM1.30)
Maggi Cup (RM2.20)
Milo 3in1 (RM1.50)
Air Mineral (RM1.00)
Air Kotak (RM1.00)

Jom santai dan relaks..


Tuesday 12 July 2016

PENGAMBILAN PELAJAR BARU INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) SESI 2016/2017 DIBUKA SEKARANG!!!

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL INSPEN DIBUKA SEKARANG

Permohonan kemasukan pelajar bagi program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) di INSPEN pengambilan 2016/2017 kini dibuka!!!

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 8 September 2016.


Untuk Mendaftar boleh Klik di SINI.
Untuk maklumat lanjut mengenai kursu yang ditawarkan, boleh muat turun brosur program di SINI.

Wednesday 6 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum..
Kami dari Unit Perpustakaan
Mengucapkan SeLamat Hari Raya Aidilfitri
Buat semua pembaca dan pengunjung 
Blog Perpustakaan PSAS

Maaf Zahir dan Batin