Wednesday 5 December 2018

Projek Sensor

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menaiktaraf Sistem Kawalan Pencahayaan Berasaskan Isyarat Gerakan di Unit Perpustakaan dengan Kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Lestari.

*Memastikan penjimatan bekalan elektrik dapat dilaksanakan dengan berkesan di Perpustakaan.
Tarikh 30.11.2018 - 04.12.2018





Tuesday 4 December 2018

Taklimat Perpustakaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Taklimat ini disampaikan sempena Minggu Suaikenal Sesi Dis/2018 pada 04.12.2018..



Thursday 1 November 2018

Projek elib2u Di Berita Harian - 01.11.2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita Harian
Varsiti - Page V54
01 November 2018
BH Bil 456

Friday 7 September 2018

Karnival Jom Baca 2018 #1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Tarikh - 05 September 2018

1. Pertandingan Mewarna (Kategori Staf & Pelajar PSAS)


2. Aktiviti Seni & Kraf - Origami (Pelajar Tabika Kemas)




3. Seni Karikatur Bersama Safi (Pelajar PSAS)



Penerima Hadiah bagi:-
Peminjam Terbanyak (Staf)
Peminjam Terbanyak (Pelajar)
Timbunan Buku
Hadiah Penghargaan Kepada Cikgu KEMAS.

Karnival Jom Baca 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lawatan oleh Mejar (PA) Nizam Azmal Bin Abdul Malek (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik) bersama Puan Norhaslina Asri (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik) sempena Karnival Jom Baca 2018 di Perpustakaan PSAS pada 05 September 2018..




Thursday 6 September 2018

Karnival Jom Baca 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perpustakaan akan mengadakan Karnival Jom Baca 2018 pada 5&6 September 2018 bertempat di Perpustakaan, PSAS. Anda semua dijemput hadir.. Anda juga boleh dermakan buku sama ada terpakai ataupun baru kepada Perpustakaan.



Thursday 19 July 2018

Program Aspirasi Sukarelawan PSAS #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Program ini adalah kesinambungan dari Program yang sama pada tarikh 29.06.2018. Para pelajar dihantar ke Jabatan dan Unit untuk membantu.

Tarikh : 18.07.2018
Masa : 2.30pm







Wednesday 18 July 2018

Friday 6 July 2018

Jalinan Kerjasama

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jalinan Kerjasama bersama Kolej Vokasional Slim River, Perak
Tarikh - 06 Julai 2018 (Jumaat) 
Masa - 9.30am - 10.30am


LAWATAN PREMIS BAGI PERSEDIAAN PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tarikh - 5 Julai 2018 ( Khamis ) Masa - 3:30 petang



Thursday 5 July 2018

Mesyuarat Pertama Kelab Sahabat Perpustakaan Sesi Jun/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tarikh - 04.07.2018 (4.30pm)
Tempat - Perpustakaan PSAS



Wednesday 4 July 2018

Taklimat Perpustakaan 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Taklimat kepada pelajar semester satu Kelas DKA dari Jabatan Awam
Tarikh - 04.07.2018


Friday 29 June 2018

Program Aspirasi Sukarelawan PSAS.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Program ini diadakan sempena Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi Jun 2018 Politeknik Sultan Azlan. Pelajar-pelajar baru ini dihantar ke Jabatan dan Unit untuk melaksanakan aktiviti sukarelawan.
Tarikh - 29.06.2018


Jamuan Raya Perpustakaan 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jamuan raya dan sambutan hari lahir staff.. Terima kasih pada yang datang.. 
Tarikh : 29.06.2018




Tuesday 24 April 2018

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Program tersebut yang dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Difahamkan, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit akan berjalan serentak di 14 buah negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Unit Perpustakaan telah mengadakan aktiviti ini bersama pelajar dan pengawas perpustakaan Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Behrang, Perak.



Tempat : Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sg Behrang, Perak. 
Tarikh : 24.04.2018
Masa : 10.00am - 12.00pm

Friday 16 March 2018

Sumbangan Buku Dari Penulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 15.03.2018, Perpustakaan PSAS telah menerima sumbangan 3 buah novel bertajuk Pearl dari Penulis Shirod Shukri. Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan buku yang diberikan.. Semoga dengan sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada pengguna Perpustakaan PSAS..

Sinopsis Pearl oleh Shirod Shukri
PEARL
"You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?” Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat ini ibarat lontaran ayat penyedap hati kepada diri sendiri? 
Kali ini Pearl Ratna kembali ke Melbourne dengan misi khas. Bagi Pearl, sejarah lama membuatkan dia lebih berhati-hati menyusun lipatan perasaan. 

RAYN
“Dia... interesting.” Rayn tersenyum. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s... a gem. I could sense that.”
Reynolds Hanafi, kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau lelaki ini benci, benci sampai mati juga.

LOVE YOURSELF - Rayn
Persoalannya, apakah pengertian sebenar prinsip ‘sayangi diri kita’ kepada mereka berdua?

Boleh hubungi penulis untuk membeli buku ini.. Klik SINI..

Thursday 15 March 2018

Program Literasi Maklumat 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program Literasi Maklumat 2018 telah dilaksanakan seperti butiran dibawah.. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Ketahanan fizikal, kecekapan minda, pengetahuan mengenai Perpustakaan, Kerjasama antara pasukan..

Tarikh 👉 10 MAC 2018
Hari 👉 SABTU
Bertempat 👉 PERPUSTAKAAN PSAS