Wednesday 22 March 2017

Friday 17 March 2017

Karnival Jom Baca 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Karnival Jom Baca 2017 telah diadakan selama 3 hari di Unit Perpustakaan. Bermula 14.03.2017 sehingga 16.03.2017. Bermacam-macam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Karnival Jom Baca 2017. Antara aktivitinya ialah Digital Talk oleh perpustakaan Negara, pertandingan Mewarna, Bengkel Pemuliharaan Bahan bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pertandingan Kahoot!!, Pertandingan Puzzle, Pertandingan Teka Berat Buku, Bacaan Kegemaran Saya bersama Abdul Rahim Bin Osman, Personality Test oleh Management Science University dan Perasmian/Penutup Karnival Jom Baca 2017. Pameran dari Management Science University, BOOK2U dan juga PTS Publishing turut diadakan. Sumbangan bahan bacaan kepada Sekolah telah diberikan oleh Gempak Starz, PTS Publishing, Perpustakaan Negara Malaysia dan juga BOOK2U.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Karnival Jom Baca 2017. Semoga berjumpa lagi di lain tahun.

Pameran & Jualan Buku
 Pameran dan Jualan Buku oleh PTS Publishing

Pameran dari Management Science University

Pameran & Jualan Buku oleh Book2U


Aktiviti Sepanjang Karnival Jom Baca 2017
"Digital Library" Talk oleh Perpustakaan Negara Malaysia

Pertandingan Puzzle

Pertandingan Mewarna (Kategori 4 tahun& 5/6 tahun)

Bengkel Pemuliharaan Bahan Bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah:
1. SK Dato Kamarudin
2. SK Sg. Behrang 
3. SK Bandar Behrang 2020

Sumbangan Buku dari PTS Publishing, Gempak Starz & Book2U kepada SK Dato Kamarudin, SK Sg. Behrang & SK Bandar Behrang 2020.

Pertandingan Kahoot!!

Bacaan Kegemaran saya bersama Abdul Rahim Bin Osman (Buku yang dikongsikan ialah buku yang bertajuk Bidadari bumi : 9 Kisah Wanita Solehah)


Talk "Personality Test" oleh En. Khairul Anuar B. Abdul Latif dari Management Science University (MSU)

Majlis Perasmian & Penutup Karnival jom Baca oleh Pengarah PSAS Tuan Haji Zairon B. Mustapha dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Monday 6 March 2017

Program "Sharing Knowledge Together"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program ini telah diadakan di Politeknik Sultan Azlan Shah bersama dengan Politeknik Port Dickson pada 03 Mac 2017..


Program Sharing Knowledge Together ini juga telah dilaksanakan bersama KSP PPD & Kelab Korpus Ilmu PUO pada 04 Mac 2017 di Perpustakaan, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.