Tuesday 26 June 2012

Ceramah Suluhan Ilmu Menerangi Kehidupan

Assalamualaikum semua,

Perpustakaan akan menganjurkan Ceramah Suluhan Ilmu Menerangi Kehidupan seperti berikut :


Tarikh : 28/06/2012 (Khamis)
Masa : 8.30pagi-12.30tghr
Tempat : Ruang Bacaan Perpustakaan(aras bawah)
Penceramah : Ustaz Hamdan (dari Jabatan Pengajian Am, PSAS)

     Ceramah ini adalah sambungan dari siri 1 yang telah dijalankan pada 08.03.2012 (Khamis) di tempat yang sama.

     Ceramah ini adalah salah satu usaha Perpustakaan dalam menyebarkan dan menyampaikan maklumat berbentuk islamik.


*Update 28.6.2012

Siri 1

Berkisar mengenai 6 perkara yang harus dimilik oleh mereka yang ingin menuntut ilmu. Perkara-perkara itu ialah:

1) Cerdas/Cerdik
    = Apakah usaha atau cara kita dalam mendapatkan Ilmu.

2) Tamak
    = Sentiasa ingin mencari dan mendapatkan ilmu. Sudah ada tapi masih berusaha untuk menambah ilmu.

3) Kesungguhan
    = Sentiasa bersungguh-sungguh dalam mendapatkan ilmu. Tidak kenal erti jemu.

4) Perbelanjaan
    = Tidak kedekut untuk mengeluarkan duit demi mendapatkan ilmu.

5) Bersahabat
    = Bersahabat dengan orang yang memberi kita ilmu.

6) Sepanjang zaman
    = Sentiasa belajar, belajar dan belajar kerana untuk mendapatkan ilmu kita memerlukan sepanjang usia
       kita.

Siri 2 & 3

       Bagi siri 2&3, Ustaz Hamdan lebih menekankan mengenai Solat. Kupasan yang diberikan begitu mendalam dan juga menyeluruh. Antaranya ialah mengenai kebaikan solat dari sudut Sains, betapa pentingnya solat dalam kehidupan harian dan sebagainya.


       Selain itu Ustaz Hamdan juga turut menerangkan perbezaan amalan Solat mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali.

Monday 25 June 2012

Bengkel ISO

Bengkel ini diadakan sebagai satu langkah dalam memastikan Staf Perpustakaan memahami mengenai proses pensijilan ISO PSAS, Manual Prosedur Kerja, Fail Meja dan Peraturan Perpustakaan.

Bengkel ini telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 21 - 23 Mei 2012
Masa: 9.00pagi - 5.00petang
Penceramah: Cik Norhamizah Binti Tamat (Pegawai Kualiti, PSAS)
Tempat: Bilik Mesyuarat, PSAS
Peserta: Staf Perpustakaan



Friday 22 June 2012

Kemudahan Perpustakaan

Berikut merupakan kemudahan yang terdapat di dalam Perpustakaan kami.




Selain itu, kami juga menyediakan :

  1. Permainan dalaman (Indoor Games) seperti Scrabble, Carom, Sahibba, dan Chess
  2. Bilik Red Spot (mengandungi buku-buku rujukan dan Laporan Industri Pelajar)
  3. Bilik Mawar & Bilik Bunga Raya (kapasiti 40 & 30 orang)
  4. Ruang Santai untuk membaca akhbar
  5. Koleksi soalan peperiksaan (Tahun 2007 - 2010)
  6. Sudut Sejarah PSAS.

Friday 15 June 2012

Sambutan Ulang Tahun 1

Kami telah meraikan ulang tahun kelahiran Pn. Rohaizah dan Pn. Nor Ashikin pada April 2012.


Pada Mei 2012 kami telah meraikan Ulang Tahun En. Azam dan juga Sambutan Hari Ibu.


Pada Jun 2012 pula kami meraikan Ulang Tahun Pn Tuan Zubidah dan Sambutan Hari Bapa.


Sambutan Ulang Tahun Pn Rohaizah dilakukan dengan kerjasama staf Perpustakaan. Manakala Sambutan Ulang Tahun En. Azam dan Pn. Tuan Zubidah pula adalah hasil cadangan dari Pn Rohaizah.