Tuesday 26 June 2012

Ceramah Suluhan Ilmu Menerangi Kehidupan

Assalamualaikum semua,

Perpustakaan akan menganjurkan Ceramah Suluhan Ilmu Menerangi Kehidupan seperti berikut :


Tarikh : 28/06/2012 (Khamis)
Masa : 8.30pagi-12.30tghr
Tempat : Ruang Bacaan Perpustakaan(aras bawah)
Penceramah : Ustaz Hamdan (dari Jabatan Pengajian Am, PSAS)

     Ceramah ini adalah sambungan dari siri 1 yang telah dijalankan pada 08.03.2012 (Khamis) di tempat yang sama.

     Ceramah ini adalah salah satu usaha Perpustakaan dalam menyebarkan dan menyampaikan maklumat berbentuk islamik.


*Update 28.6.2012

Siri 1

Berkisar mengenai 6 perkara yang harus dimilik oleh mereka yang ingin menuntut ilmu. Perkara-perkara itu ialah:

1) Cerdas/Cerdik
    = Apakah usaha atau cara kita dalam mendapatkan Ilmu.

2) Tamak
    = Sentiasa ingin mencari dan mendapatkan ilmu. Sudah ada tapi masih berusaha untuk menambah ilmu.

3) Kesungguhan
    = Sentiasa bersungguh-sungguh dalam mendapatkan ilmu. Tidak kenal erti jemu.

4) Perbelanjaan
    = Tidak kedekut untuk mengeluarkan duit demi mendapatkan ilmu.

5) Bersahabat
    = Bersahabat dengan orang yang memberi kita ilmu.

6) Sepanjang zaman
    = Sentiasa belajar, belajar dan belajar kerana untuk mendapatkan ilmu kita memerlukan sepanjang usia
       kita.

Siri 2 & 3

       Bagi siri 2&3, Ustaz Hamdan lebih menekankan mengenai Solat. Kupasan yang diberikan begitu mendalam dan juga menyeluruh. Antaranya ialah mengenai kebaikan solat dari sudut Sains, betapa pentingnya solat dalam kehidupan harian dan sebagainya.


       Selain itu Ustaz Hamdan juga turut menerangkan perbezaan amalan Solat mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali.

No comments:

Post a Comment