Friday, 17 August 2012

Gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg. Rasau

 Kelab Sahabat Perpustakaan dengan kerjasama staf Perpustakaan, akan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Rasau, Slim River.

Aktiviti ini dijalankan dengan tujuan :
  •   Satu kerja amal untuk mengurangkan beban penduduk kampung bagi membersihkan tanah perkuburan 
  • Menyuntik kesedaran ahli untuk menjadi anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t  
  • Memupuk nilai-nilai murni dan bertanggungjawab dikalangan ahli.

  Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, ahli-ahli KSP serta staf Perpustakaan dapat memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan masa kepada masyarakat umum. diharapkan aktiviti ini dapat membentuk semangat berkerjasama, saling tolong-menolong dan ringan tulang dikalangan ahli KSp serta staf Perpustakaan.

Aktiviti ini akan dijalankan seperti berikut :

Thursday, 16 August 2012

PROGRAM MOTIVASI BAGI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) BAGI 2012

Program motivasi ini dijalankan atas usaha staf Perpustakaan dengan kerjasama ahli KSP. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Program Jom Baca Perpustakaan. Penyertaan adalah dari anak-anak staf PSAS dan juga dari beberepa sekolah rendah yang berdekatan dengan PSAS. Penyampaian surat jemputan kepada sekolah telah dilakukan pada 13 Ogos 2012.

Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh   :   1 September 2012 (Sabtu)
                                Masa      :   7.30 pagi – 5.30 petang
                                Tempat :   Perpustakaan, Politeknik Sultan Azlan Shah
Yuran    :   RM10/orang   

Tentatif Program adalah seperti berikut :

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI UPSR 2012

7.30 pagi – 8.30 pagi                  : Pendaftaran Peserta
   Minum Pagi
8.30 pagi – 10.30 pagi                : Sesi Ceramah Motivasi
10.30 pagi - 11.00 pagi               : Rehat
11.00 pagi – 1.00 petang            : Latihan Dalam Kumpulan (Matematik)
1.00 petang – 2.30 petang          : Makan Tengahari
                                                  Solat Zohor
2.30 petang – 4.30 petang          : Latihan Dalam kumpulan (Bahasa Inggeris)
4.30 petang – 5.30 petang          :  Penyampaian Sijil
   Minum petang
   Bersurai.

Diharapkan semoga Program Motivasi ini dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Tuesday, 14 August 2012

Pembelian baju Kelab Sahabat Perpustakaan

Kepada semua ahli KSP, pembayaran akan diterima sehingga 29 Ogos 2012 sahaja. Diharapkan semua ahli dapat membuat bayaran secepat mungkin. Baju ini penting untuk aktiviti-aktiviti akan datang. Pembayaran penuh @ deposit boleh dibuat kepada semua penasihat biro.

Harga baju adalah seperti berikut :

Lengan panjang : RM33.00
Lengan pendek : RM32.00

Perjumpaan Ahli Kelab Sahabat Perpustakaan

Satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2012
Hari : Selasa
Masa : 5.00 petang

Semua ahli KSP wajib hadir.

Monday, 13 August 2012

Gambar-gambar Kursus Pembangunan Koleksi dan Majlis Berbuka Puasa

Update gambar-gambar sepanjang aktiviti..






















Karnival Kelab 28.8.2012

Satu karnival Kelab yang dianjurkan oleh JPP akan diadakan di PSAS. Butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Ogos 2012
Hari : Selasa
Tempat Dewan Serbaguna

Ahli KSP akan terlibat untuk mempamerkan sejarah, aktiviti dan segala-galanya emngenai KSP kepada pelajar PSAS. Selain itu, KSP juga akan membuat jualan untuk membantu ahli-ahli KSP berkomunikasi dengan orang ramai serta menambah kemahiran dari segi interaksi, kreativiti dan juga keyakinan diri.


Update : 3.9.2012

Gambar sekitar majlis
















Tuesday, 7 August 2012

Kursus Pembangunan Koleksi dan Majlis Berbuka Puasa

              Pada 11 Ogos 2012, Kelab Sahabat Perpustakaan akan mengadakan Kursus Pembangunan Koleksi & Majlis Berbuka Puasa. Seramai 60 orang peserta akan mengikuti Kursus ini. Kursus ini dijalankan dengan tujuan ingin memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai koleksi yang terdapat di Perpustakaan serta cara-cara penyusunan buku di rak mengikut Library of Congress Classification (LCC). Selain itu, Kursus ini juga dapat merapatkan silaturrahim diantara ahli KSP dan Staf Perpustakaan.

         Program ini akan dilaksanakan pada:-
         Tarikh   : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
         Tempat : Perpustakaan, PSAS dan Kalumpang Steambot & Grill
                     Masa    : 2.30 petang – 10.00 malam

Tentatif Program adalah seperti berikut:

TARIKH
MASA
AKTIVITI
11 Ogos 2012
(Sabtu)
2.30 petang
2.45petang
5.00petang
5.45 petang

6.30 petang
7.45 malam
10.00 malam
Peserta berkumpul di Perpustakaan PSAS
Kursus disampaikan oleh Pustakawan
Solat Asar berjemaah
Bertolak dari PSAS ke destinasi iaitu Kalumpang Steambot & Grill
Tiba di destinasi iaitu Kalumpang Steambot & Grill
Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
Bertolak balik ke Politeknik Sultan Azlan Shah


        Diharapkan semoga para peserta dapat menepati masa agar Program dapat dilaksanakan dengan lancar.

        Selepas program ini dijalankan, para peserta diminta pergi ke laman web yang tertera dibawah untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh pihak HEP. Soal selidik ini adalah penting untuk mengetahui keberkesanan program yang telah dijalankan.

Ini adalah laman web yang perlu dilawati untuk mengisi borang soal selidik.
http://jpppsas.blogspot.com/2012/07/kepada-semua-peserta-kursus-pembangunan.html

Sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah dihantar kepada admin melalui email lib.psas@gmail.com atau tinggalkan komen anda dibawah.

Kerja-kerja Pembaikan Lantai

Bermula cuti semester pelajar PSAS pada Jun 2012, Perpustakaan mengalami kerja-kerja pemasangan tinted, penukaran karpet di Aras 1 dan Bilik Depository  kepada Lantai Marmar, serta pembaikan lantai pecah di ruang legar Perpustakaan.

Kerja-kerja ini masih lagi berjalan sehingga 7 Ogos 2012.

Aras 1

  • Kerja-kerja pemasangan lantai marmar sudah selesai.
  • Kerja-kerja pembersihan masih belum dilakukan.
  • Penyusunan semula buku-buku di rak masih lagi dalam proses.
  • Buku-buku di aras 1 tidak boleh dipinjam.
Aras 0
  • Bilik depository masih tidak boleh digunakan.
  • Lantai di ruang legar masih dalam proses baik pulih.