Tuesday 7 August 2012

Kursus Pembangunan Koleksi dan Majlis Berbuka Puasa

              Pada 11 Ogos 2012, Kelab Sahabat Perpustakaan akan mengadakan Kursus Pembangunan Koleksi & Majlis Berbuka Puasa. Seramai 60 orang peserta akan mengikuti Kursus ini. Kursus ini dijalankan dengan tujuan ingin memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai koleksi yang terdapat di Perpustakaan serta cara-cara penyusunan buku di rak mengikut Library of Congress Classification (LCC). Selain itu, Kursus ini juga dapat merapatkan silaturrahim diantara ahli KSP dan Staf Perpustakaan.

         Program ini akan dilaksanakan pada:-
         Tarikh   : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
         Tempat : Perpustakaan, PSAS dan Kalumpang Steambot & Grill
                     Masa    : 2.30 petang – 10.00 malam

Tentatif Program adalah seperti berikut:

TARIKH
MASA
AKTIVITI
11 Ogos 2012
(Sabtu)
2.30 petang
2.45petang
5.00petang
5.45 petang

6.30 petang
7.45 malam
10.00 malam
Peserta berkumpul di Perpustakaan PSAS
Kursus disampaikan oleh Pustakawan
Solat Asar berjemaah
Bertolak dari PSAS ke destinasi iaitu Kalumpang Steambot & Grill
Tiba di destinasi iaitu Kalumpang Steambot & Grill
Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
Bertolak balik ke Politeknik Sultan Azlan Shah


        Diharapkan semoga para peserta dapat menepati masa agar Program dapat dilaksanakan dengan lancar.

        Selepas program ini dijalankan, para peserta diminta pergi ke laman web yang tertera dibawah untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan oleh pihak HEP. Soal selidik ini adalah penting untuk mengetahui keberkesanan program yang telah dijalankan.

Ini adalah laman web yang perlu dilawati untuk mengisi borang soal selidik.
http://jpppsas.blogspot.com/2012/07/kepada-semua-peserta-kursus-pembangunan.html

Sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah dihantar kepada admin melalui email lib.psas@gmail.com atau tinggalkan komen anda dibawah.

No comments:

Post a Comment