Monday 18 January 2016

Program Khidmat Masyarakat

Mahasiswa Prihatin Masyarakat Penyayang
Tarikh : 16.01.2016

Program Khidmat Masyarakat bersama penduduk Taman Maju, Kuala Kangsar adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang khas oleh Kelab Sahabat Perpustakaan PSAS.  Program ini adalah untuk membolehkan pelajar PSAS memberikan sumbangan tenaga dan idea kreatif bagi menunjukkan kesediaan para pelajar dalam berkhidmat pada masyarakat luar. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jatidiri pelajar yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat.  Program ini juga dapat membantu meningkatkan kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengalaman ke arah kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah.





No comments:

Post a Comment