Assalamualaikum...
Sempena
Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2016, pada 23 April 2016 yang lalu,
Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah juga tidak ketinggalan untuk
sama-sama menyambutnya dengan caranya yang tersendiri. Untuk itu, Program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10
Minit’ atau Let’s Read Together telah dianjurkan sebagai tanda sokongan kepada
sambutan tersebut. Program ini telah dijalankan selama 10 minit pada jam 11.00
– 11.10 pagi tadi (Isnin - 25.04.2016) dengan melibatkan penyertaan lebih 60 orang. Ini termasuklah
staf Politeknik Sultan Azlan Shah, Guru dan pelajar-pelajar Tabika KEMAS
Politeknik Sultan Azlan Shah yang turut sama memeriahkan program sambutan kali
ini. Dalam program ini, mereka digalakkan untuk membaca seketika tepat pada
pukul 11.00 pagi walau di mana sahaja mereka berada dengan membaca bahan-bahan
bacaan yang bersesuaian.
Program
‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik, Mejar (PA) Nizam Azmal bin Abdul Malek. Selain membaca
selama 10 minit, aktiviti seperti Jom Bercerita dan Pertandingan Mengeja turut
dilaksankan bersama kanak-kanak Tabika KEMAS ini.
Program
ini dianjurkan bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan
seluruh rakyat Malaysia, khususnya dari peringkat kanak-kanak di samping
memperingati sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2016. Selain itu,
ia juga bertujuan memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan
utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi
buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.
Hari
Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov
1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.
Pelaksanaan
program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia
sekaligus menjadikan Perpustakaan Se-Malaysia relevan dalam masyarakat dan
memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah. Selain itu,
telah menjadi peranan perpustakaan untuk menambah nilai hidup dalam masyarakat
dengan menganjurkan program seperti ini. Semoga dengan adanya Program ‘Jom Baca
Bersama Untuk 10 Minit’, akan menjadi pemangkin kepada rakyat untuk mula
meluangkan masa dengan membaca.
Gambar Sekitar Aktiviti
Pertandingan Mengeja
Jom Baca bersama Untuk 10 minit
Terima kasih semua..
Tahniah, Sungguh meriah dan seronok.
ReplyDelete