Wednesday, 3 February 2016

Pinjaman Berkelompok di Perpustakaan Negara Malaysia

Assalamualaikum..
Unit Perpustakaan telah melaksanakan pinjaman berkelompok di Perpustakaan negara Malaysia sebagai usaha menambah bahan bacaan ringan. Antara bahan bacaan yang selalu kami pinjam ialah Novel, Komik Kanak-kanak, Buku cerita kanak-kanak, Buku resepi dan buku-buku motivasi.

Proses peminjaman bahan Perpustakaan Negara Malaysia

Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Tempat - Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Tarikh - 02.02.2016
Tujuan - Melihat cara dan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Unit Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia








Thursday, 28 January 2016

Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Haji Mohlis bin Jaafar di Polteknik Merlimau Melaka

Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Haji Mohlis bin Jaafar di Polteknik Merlimau Melaka

Telah dipancarkan secara langsung di Perpustakaan dengan kerjasama Unit Multimedia Politeknik Sultan Azlan Shah pada 28.01.2016.





Monday, 18 January 2016

Lawatan Sambil Belajar

Edu : Mengenali Labu Sayong di Kuala Kangsar
Tarikh : 16.01.2016

Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat proses membuat labu sayong yang sebenar. Pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat labu sayong sendiri. Meluaskan pengetahuan pelajar tentang pembuatan labu sayong. Meluaskan pengetahuan pelajar tentang sistem beraja di negeri Perak.












Program Khidmat Masyarakat

Mahasiswa Prihatin Masyarakat Penyayang
Tarikh : 16.01.2016

Program Khidmat Masyarakat bersama penduduk Taman Maju, Kuala Kangsar adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang khas oleh Kelab Sahabat Perpustakaan PSAS.  Program ini adalah untuk membolehkan pelajar PSAS memberikan sumbangan tenaga dan idea kreatif bagi menunjukkan kesediaan para pelajar dalam berkhidmat pada masyarakat luar. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar berbakti dan menyumbang kepada masyarakat, menjalinkan ikatan yang utuh antara mahasiswa dengan masyarakat, menonjolkan keperibadian dan jatidiri pelajar yang tinggi sebagai tauladan kepada masyarakat.  Program ini juga dapat membantu meningkatkan kecemerlangan melalui paduan antara ilmu, teori dan pengalaman ke arah kesejahteraan masyarakat dalam membangunkan prasarana fizikal dan pembangunan insaniah.