Thursday, 24 May 2012

Bengkel Microsoft Power Point

Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Perpustakaan dan MSU (Management and Science University) pada :

Tarikh : 16 Februari 2012
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer, Perpustakaan
Penceramah : MOHD ANIF BIN RAMLI
                            MOHD HAIRY BIN MANAPPeserta : 22 orang

Pada bengkel ini peserta diberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara penggunaan Microsoft Power Point dengan betul. Semoga dengan adanya Bengkel ini dapat membantu peserta memantapkan lagi pengetahuan mengenai Microsoft Power Point.


Wednesday, 23 May 2012

Kelab Sahabat Perpustakaan


PENGENALAN 

            Kelab Sahabat Perpustakaan (KSP) telah ditubuhkan pada awal tahun 2008. Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang mana merangkumi aktiviti dalam dan luar psas. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk membina nilai insan yang mencintai ilmu melalui pendekatan ‘jom baca’ , penglibatan ahli dalam aktiviti pengurusan perpustakaan dan menjadi wadah kepada pihak pengurusan perpustakaan akan ke  perluan dan kehendak semasa warga psas. Bagi memantapkan pengurusan kelab , Biro Ekonomi, Biro Ilmu, Biro 3K dan Biro Sukan diwujudkan dan setiap biro akan dipantau oleh seorang kakitangan perpustakaan. Penyertaan terbuka kepada pelajar psas dan minimum penyertaan adalah seramai 30 orang.   

OBJEKTIF

Membantu dalam mempromosikan perpustakaan kepada para pelajar
Mengeratkan hubungan dan menanam minat  pelajar dengan perpustakaan
Membantu dalam kerja-kerja kecil di dalam perpustakaan
Menggalakkan para pelajar berpersatuan dan mendidik menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna perpustakaan.


KEISTIMEWAAN KSP

Jumlah pinjaman bahan  =  7 buah
Penggunaan komputer melebihi  satu jam
Keutamaan dalam penggunaan bilik perbincangan
Jemputan menghadiri aktiviti/ seminar/ ceramah/ pameran anjuran perpustakaan
Sijil penghargaan /penyertaan 
Tiada yuran dikenakan


KEAHLIAN

Menjadi ahli Kelab Sahabat Perpustakaan PSAS adalah mudah, pelajar hanya perlu berjumpa dangan staf perpustakaan dan mengisi borang.



HASIL KREATIVITI PELAJAR KSP

LOGO ASAL



CONTOH LAKARAN BAJU KSP


BAJU YANG BERJAYA DICETAK


Monday, 21 May 2012

Waktu Operasi


 Perpustakaan PSAS beroperasi pada waktu seperti dibawah :

SESI PERKULIAHAN
Isnin- Khamis
9.00 pagi – 7.00 malam
Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu
8.15 pagi – 1.00 petang
Tutup: Jumaat (12.15 tengahari – 2.45 petang)
Ahad dan cuti lelepasan am
CUTI SEMESTER
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Tutup: Jumaat (12.15 tengahari – 2.45 petang)
Sabtu, Ahad dan cuti lelepasan am
**Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

PERATURAN PERPUSTAKAAN

Pengguna Perpustakaan PSAS mesti mematuhi peraturan-peraturan berikut:

  1. Hanya pengguna yang berdaftar atau memperolehi kebenaran bertulis daripada Pengurusan sahaja dibenarkan menggunakan Perpustakaan
  2. Pengguna perlulah sentiasa memakai kad pelajar/staf dan mematuhi peraturan rupadiri semasa berada di sekitar kawasan Perpustakaan.
  3. Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, membuat bising, merokok, tidur, berdua-duaan, menggunakan telefon bimbit, memakai sebarang jenis jaket @ baju sejuk kecuali baju bengkel, melakukan kerosakan (menanda, mengoyak atau memusnahkan bahan) atau melakukan sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di Perpustakaan.
  1. Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk selain peralatan yang digunakan untuk proses pembelajaran. Barang-barang persendirian hendaklah di simpan di bilik depository. Keselamatan barang persendirian adalah tanggungjawab pengguna.
  2. Pengguna TIDAK DIBENARKAN memberi, membenarkan atau menggunakan kad / kod pengenalan diri   pengguna kepada pengguna lain bagi tujuan Sirkulasi (PEMINJAMAN /PEMULANGAN/ PEMBAHARUAN (RENEW) /SEMAKAN DENDA). Tindakan TEGAS akan diambil kepada pengguna yang berbuat demikian. 
  1. Pengguna perlu mematuhi peraturan bilangan buku yang benarkan dan bertanggungjawab di atas pemulangan dalam tempoh yang ditetapkan.
           Pengguna
Koleksi
Tempoh
Kakitangan Akademik
Kakitangan Sokongan
Pelajar
10 bahan
5 bahan
5 bahan
4 minggu
4 minggu
3 minggu
  1. Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam. Denda akan dikenakan ke atas bahan Perpustakaan yang lewat dipulangkan mengikut kesalahan kelewatan.
Bil.
Kategori bahan
Kadar denda (RM)
i.
Rak terbuka
0.10 sehari
ii.
Bahan hilang / rosak (koleksi Tempatan / Luar negara)
Harga bahan hilang + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda
(bilangan hari lewat)
iii.
Koleksi Sumbangan (Tempatan / Luar Negara) Bahan hilang / rosak
Had maksima RM100.00 (Bahan tempatan) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat)

Had maksima RM125.00 (Bahan Luar Negara) + RM20.00 (Perkhidmatan) + Denda (bilangan hari lewat)
**Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1995 (Perkhidmatan- Seksyen denda )  dan Garis Panduan Perpustakaan dan Pusat Sumber KPTM 2005

8.        Pengguna (kakitangan akademik dan sokongan) yang masih tidak memulangkan bahan rujukan akan dikenakan tindakan tatatertib:
(i)    Denda tertunggak  sebanyak RM5.00 dan ke atas, secara automatik mereka tidak dibenarkan  menggunakan semua perkhidmatan Perpustakaan dan
            (ii)     Selepas 30 hari dari tarikh pemulangan, bahan rujukan tersebut dianggap hilang dan denda
                   mengikut  bilangan no. 7(ii & iii).
  1. Segala urusan di kaunter Perpustakaan akan tamat 15 minit sebelum waktu Perpustakaan ditutup. Semua pengguna perlu meninggalkan Perpustakaan dengan segera.
  2. Kakitangan Perpustakaan berhak mengarah atau melarang pengguna daripada masuk atau menggunakan sebarang kemudahan sekiranya pengguna didapati telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan.

Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif

Kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif telah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan bersama Perpustakaan. Kursus ini diadakan bertujuan mendedahkan aktiviti dan matlamat KIK kepada staf sokongan. Selain itu, diharapkan dengan adanya kursus ini akan ada staf sokongan yang melibatkan diri dalam Seminar KIK selepas ini.

Kursus ini telah dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh: 15 - 17 Mei 2012
Masa: 9.00pagi - 5.00petang
Tempat: Ruang Bacaan, Perpustakaan
Penceramah: 1) Siti Marlina Binti Mohammad Amin
                    2) Norhaslina Binti Asri
                    3) Nor Hafizah Binti Ayob
Peserta: 27 Orang



Monday, 14 May 2012

Lawatan Pengawas Pusat Sumber dari Sekolah Mnengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Perpustakaan, PSAS telah menerima kunjungan dari adik-adik Pengawas Pusat Sumber Sek. Men. Teknik Tengku Ampuan Afzan pada 8 Mei 2012. Seramai 30 orang pelajar dan 3 orang Guru pengiring telah menghadirkan diri dalam acara lawatan sambil belajar ini. Penerangan mengenai Perpustakaan, PSAS telah dilakukan oleh Pn. Shahida Mohamed kepada pelajar-pelajar ini. Sesi soal jawab juga telah diadakan antara Sek. Men. Teknik dan Perpustakaan, PSAS. Begitu banyak persoalan dan tanda tanya yang mereka ajukan. Ini kerana, sistem pengkelasan yang berbeza diantara Perpustakaan PSAS dan juga Pusat Sumber Sek. Men. Teknik.

Selepas itu para pelajar dibawa melawat sekitar Perpustakaan, diberi taklimat mengenai penggunaan sistem OPAC dan pencarian buku di rak.

Sebelum lawatan berakhir, Perpustakaan telah memberi cenderamata kepada semua pelajar dan juga guru Sek. Men. Teknik. Pihak Perpustakaan juga turut menerima cenderahati dari Sek. Men. Teknik. Acara terakhir adalah bergambar bersama.

Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Pusat Sumber Sek. Men. Teknik Tengku Ampuan Afzan diatas kesudian berkunjung ke tempat kami. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki pasti kita berjumpa lagi.



Friday, 11 May 2012

AJK Cenderahati Msp

Buat julung-julun kalinya Perpustakaan terlibat dengan Majlis Sukan Politeknik sebagai AJK Cenderahati. Penglibatan ini adalah dengan galakan dari Timbalan Pengarah (Sokongan/Akademik), PSAS. Selain Perpustakaan, staf dari Unit Kewangan turut terlibat sama. Majlis Sukan Politeknik berlangsung selama 4 hari bermula 8 Mei sehingga 11 Mei 2012.

Perasmian telah dilakukan pada 8 Mei 2012 di Dewan Kuliah Utama, PSAS dan dirasmikan oleh Pengarah PSAS iaitu En. Mohamad Amin Bin Hamat. Acara penutup pula telah dijalankan pada 11 Mei 2012 di Dewan Besar, PSAS.





Tuesday, 1 May 2012

Sejarah Perpustakaan PSAS

PENGENALAN

Perpustakaan merupakan satu unit yang berfungsi sebagai pusat carian maklumat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada warga PSAS khasnya. Perpustakaan ini telah beroperasi sejak April 2003. Kedudukannya yang strategik iaitu di blok B dan berhampiran dengan semua jabatan serta bilik-bilik kuliah pelajar. Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 3240 meter persegi dan mampu menampung 900 orang pengguna dalam satu masa.

Sehingga kini jumlah koleksi di Perpustakaan PSAS ialah sebanyak 30120 buah yang meliputi semua bidang pembelajaran dan pengajaran. Bahan-bahan ini disusun dengan menggunakan sistem pengkelasan LCC dan LCSH bagi penentuan tajuk perkara.

Selain daripada itu, Unit Perpustakaan turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang meliputi Perkhidmatan sirkulasi, makmal komputer, bilik perbincangan, Mawar Centre, Perkhidmatan Fotokopi, Karel Terbuka, Kertas soalan, Laporan Terbaik Latihan Industri, Permainan dalaman (indoor games) dan Depositori. Kemudahan-kemudahan ini boleh digunakan oleh para pelajar di sepanjang waktu perkhidmatan Perpustakaan PSAS.

OBJEKTIF
  • Mengesan, mengumpul, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
  • Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

PIAGAM PELANGGAN

Kami kakitangan Perpustakaan bertekad dan berazam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan perkara-perkara berikut :

• Menjalankan proses pinjaman bagi sebuah bahan dalam masa 3 minit dalam norma biasa.

• Memastikan bahan perpustakaan dipinjam mengikut jumlah dan kadar masa yang telah ditetapkan oleh   Perpustakaan.

• Memastikan perkhidmatan komputer beroperasi dengan baik dan dapat digunakan oleh pengguna.