Monday, 14 May 2012

Lawatan Pengawas Pusat Sumber dari Sekolah Mnengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Perpustakaan, PSAS telah menerima kunjungan dari adik-adik Pengawas Pusat Sumber Sek. Men. Teknik Tengku Ampuan Afzan pada 8 Mei 2012. Seramai 30 orang pelajar dan 3 orang Guru pengiring telah menghadirkan diri dalam acara lawatan sambil belajar ini. Penerangan mengenai Perpustakaan, PSAS telah dilakukan oleh Pn. Shahida Mohamed kepada pelajar-pelajar ini. Sesi soal jawab juga telah diadakan antara Sek. Men. Teknik dan Perpustakaan, PSAS. Begitu banyak persoalan dan tanda tanya yang mereka ajukan. Ini kerana, sistem pengkelasan yang berbeza diantara Perpustakaan PSAS dan juga Pusat Sumber Sek. Men. Teknik.

Selepas itu para pelajar dibawa melawat sekitar Perpustakaan, diberi taklimat mengenai penggunaan sistem OPAC dan pencarian buku di rak.

Sebelum lawatan berakhir, Perpustakaan telah memberi cenderamata kepada semua pelajar dan juga guru Sek. Men. Teknik. Pihak Perpustakaan juga turut menerima cenderahati dari Sek. Men. Teknik. Acara terakhir adalah bergambar bersama.

Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Pusat Sumber Sek. Men. Teknik Tengku Ampuan Afzan diatas kesudian berkunjung ke tempat kami. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki pasti kita berjumpa lagi.



No comments:

Post a Comment